Thursday, April 9, 2009

KeGEmBiRaAn BeRSaMA.. (^-^)

Assalamualaikum...

Kengkawan mesti da dengar berita pasal perebutan 2 bukit yang menjadi taruhan parti2 politik kn? Skung, setelah sekian lama akhirnya sudah terjawab... sapa yang berhak ke atas bukit tu. Kemenangan lebih berpihak kepada pembangkang. Alhamdullilah... kuasa rakyat. Protes rakyat kepada kerajaan sendiri telah terbukti melalui kejayaan ini walaupun hanya pilihan raya kecil namun melalui pilihan raya ini rakyat dapat menyuarakan hasrat hati yang sebenar. Itulah yang sepatutnya diambil kira. HAK sebagai rakyat.   



PILIHAN RAYA BUKIT GANTANG

Keputusan Penuh:
  • Majoriti: 2,789
  • Undi Rosak: 456
  • Jumlah Undi: 41, 626
  • % Mengundi: 75%
  • Pemenang: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas)




Ismail Saffian, 48

BN
19,071
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin,52

PAS
21,860
Kamarul Ramizu Idris, 42

Bebas
62




PILIHAN RAYA KECIL BUKIT SELAMBAU

Keputusan Penuh:
  • Majoriti: 2,403
  • Undi Rosak: 415
  • Jumlah Undi: 24,611
  • % Mengundi: 70.28%
  • Pemenang: S Manikumar (PKR)



R Loganathan, 43

Bebas
31
Tan Hock Huat, 52

Bebas
78
Mohd Radzi Mat Lazim, 54

Bebas
25
S Manikumar, 35

PKR
12,632
Mohd Fadzil Wahab, 38

Bebas
83
Abdul Rahim Abu, 48

Bebas
60
L Sarala, 33

Bebas
49
Datuk S Ganesan, 49

BN
10,229
A Jayagopal, 57

Bebas
35
S Moganakumar, 43

Bebas
46
Khamis Awang, 32

Bebas
29
Husaini Yaacob, 44

Bebas
257
Vaneson Michael, 34

Bebas
32
Mejar (B) Anuar Abd Hamid, 58

Bebas
528
T Chandrarajan, 40

Bebas
73



Secawan kopi....

Peti Undi Jalan Simpang Meriah

BUKIT GANTANG [11.52 am] - Suasana di peti undi 17 iaitu daerah mengundi Jalan Simpang antara yang paling meriah setakat ini. Pos BN yang dikendalikan oleh UMNO Bahagian Kampar lesu tak bermaya. Pengundi tidak segan silu menampilkan sokongan terang-terangan kepada calon Pakatan Rakyat.

Pengundi kaum Cina dan India berjalan menuju pusat pengundian sambil mengibarkan bendera PAS dengan gaya bangga dan bersemangat. Pos PAS dipenuhi pengundi manakala petugas pos Barisan Nasional dilihat hanya berehat sambil menghisap rokok dan makan kuih.

Pengundian Di Simpang Lama Lancar

BUKIT GANTANG
 [11.51 am] - Pengundian di pusat mengundi Simpang Lama berjalan lancar. Nampaknya pengundi mengambil kesempatan cuaca cerah pagi ini untuk menunaikan tanggungjawab. Kawasan sekitar bandar Taiping terkenal sebagai kawasan paling kerap dituruni hujan sepanjang tahun. Tinjauan krew Stesen Maya 1 mendapati kedua-dua pos Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dipenuhi pengundi untuk memeriksa nama masing-masing di dalam buku daftar pemilih. Perayu undi menggunakan pelbagai kaedah untuk memikat hati pengundi di saat akhir. Apabila ditanya undi yang akan diberikan, 6 daripada 10 pengundi yang mengunjungi pos BN mengaku akan mengundi calon PAS-Pakatan Rakyat, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin. Soalan yang sama tidak diajukan kepada pengunjung pos PAS-Pakatan Rakyat.



Batang Ai tak menang tak pe... still bukan rezeki lagi..

"Bersama membangun islam"

"Jaga diri, jaga iman"





No comments:

Post a Comment