Monday, February 23, 2009

PeMbUka YaNG DuKa ~~


Bismillah dengan nama Allah aku memulakan first posting aku...

Semuanya berlaku hari khamis (12 Feb 2009) yang lalu di mana time tu aku still berada di bandaraya bersejarah, Melaka. Kisahnya macam ini.... nie bukan kisah kaisara ye..

Zrrruuttt...zzrruuttt... ( enset vibrate)
"Alia!!! call!!!"
"Sat! cakap nanti aku called balik. Aku tengah basuh baju ni."
"Mak hang laa..."
Aku pun dengan pantas menyambut panggilan dari mamaku. 
"Helo.. Assalamualaikum, ya mama"
"Wei adik! nie mama nak cakap ngan hang."
"Assalamualaikum.. nie kenapa tak angkat mama tepon banyak kali dah."
"Sorry mama, kak tersilent enset, lupa nak generalkan."
"Emmm... nie mama nak habaq, tok strok. mama dok kat hospital la nie."
"Ha? bila? camna ley jadi lagu tu?"
"Marin (hari rabu) tetiba time dok basuh pinggan dia jatuh pengsan."
"Pastu sapa yang tolong?"
"Maksu da. Da la orang2 kampung dok nyembang kat umah tu."
"Malam nie sapa jaga tok?"
"Ramai.. suma ada."
"Pastu camna? kak nak blik ka?"
"Tengok la nanti macamna."
"Yala mama. Mama pon jaga la kesihatan."
bla...bla...bla....bla.... (macam2 ag yang kitaorng ceritakan...)

Dipendekkan cita, aku pun balik la kedah..
Sepanjang perjalanan macam2 jadi... ada pakcik tu degil tak mau tukar tempat duduk la.. cian taw makcik yang dok dukung anak tu.Tak da perasaan betui. Sebelah tempat aku pun kosong. Nak gak duk tempat dia. Huh!
Bila dah sampai SP a.k.a Sungai Petani, aku turun ja bus berumun drebar teksi. Lawak pun ada tengok gaya depa.Tiap kali bus mai ja, suma pakai pi macam pirana. Nak cari rezeki di pagi buta beb.. Mau tak buta? Pukul 4 pagi taw!.. Dipagi yang buta tu juga aku dengan abah and adik aku gi cari makan. Jumpa orang baru balik mengai. Actually, sekor pun tak dapat. Saja release tension. Pastu kita orang gi market. Ramai gak orang even pagi2 camtu. Beli ikan dengan sayur serba sedikit. Balik ja, pas sembahyang subuh aku pun BUMMM!!!! 

Bangun ja, mama dah siap masak. Adik aku tolong kot. Aku tengok tok. Dulu dia sihat ja. Sedih la plak aku tengok. Dah tak ada kudrat nak handle diri. Mujur mamaku seorang yang tabah. Hari2 dia sembang dengan tok. Urut dia. Bagi makan. Angkat pi bilik air. Bagi pakai pampers. Aku tolong gak sikit2. Meringankan apa yang perlu. Mama cakap dia tak puas jaga tok. Kalau boleh hari2 dia nak jaga tok. Tapi disebabkan tuntutan kerja, dia gilir adik-beradik. Alhamdulillah, tak da pun dikalangan saudaraku yang banyak "songeh" bab menjaga orang tua ni...

"Alia.. hang jaga tok hang elok2. Esok2 dia dah xdak, hang dah tak boleh nak pangil tok taw! Ingat pesanan aku.". Terima kasih sahabatku....

.....Mudah2an Allah memberikan kesembuhan kepada tok aku... Ameeen....


     Tok...  cepat sembuh ye!


                                               

No comments:

Post a Comment